Infak monthly for the needy as low as RM10

Letupan ammonium Bierut, Lubnan

Bierut: Letupan yang berlaku pada awal pagi semalam telah mengecohkan seluruh media di dunia terutama media di negara timur kerana pastinya berdekatan dengan kawasan tersebut. Di awal pagi kira-kira jam 12 malam waktu Malaysia mengejutkan pelbagai pihak. Dikatakan letupan tersebut hasil daripada letupan ammnonium di daerah Beirut, Lubnan.
.
Jika dibuat perbandingan antara letupan amnonium dengan letupan bom Hiroshima, pastinya letupan bom Hiroshima adalah malapetaka yang paling dasyat buat negara matahari terbit ini. Bom atom Hiroshima pula dianggarkan dengan kekuatan 15 kilotan TNT manakala letupan Bierut malam tadi pula adalah sekitar 2.7 kiliton iaitu bersamaan 20% dari impak Hiroshima . .
.
Menurut perdana menteri Lubnan, Hassan Diab ‘Gudang tersebut sudah ada dalam beberapa tahun daripada tahun 2014 lagi”. Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang waktu tempatan, telah membunuh 78 orang dan telah mencederakan kira-kira 3000 orang awam di sekitar Bierut.
.
Kesan letupan sahaja telah menyebabkan kemusnahan di kawasan itu malah impaknya menyebabkan beberapa kerosakan bangunan lain yang terletak beberapa kilometer dari lokasi letupan tersebut dan kepulan asap tebal lihat kira-kira sejauh 10 kilometer.
.
“Dalang yang membuat letupan malapetaka ini tidak akan terlepas dan akan menerima balasan” kata Diab ketika membuat ucapan dalam stesen televisyen. Diab juga membuat rayuan kepada negara yang bersahabat,bersaudara dan mengasihi negaranya supaya bersama membantu dan menghulurkan bantuan kepada mereka.

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WAKAF MASJID AHMAD AMMAR DI NIGERIA

#MasjidAhmadAmmar