Infak monthly for the needy as low as RM10

Kanak-kanak di Gaza masih seronok bermain walau “berkaki ayam” dalam kedinginan musim sejuk.

Khabar Gaza, Palestin hari ini

Memandangkan beberapa hari yang lalu, media-media antarabangsa membuat liputan tentang serangan di Gaza, Palestin. Allahu … Mereka diduga dengan ketakutan yang tak terjangka waktunya.

Yang lebih membimbangkan lagi di sana, musim sejuk di sana bakal berkunjung tiba.

Keadaan saat musim sejuk terlalu perit untuk mereka hadapi. Namun, kanak-kanak di Gaza masih seronok bermain dalam gelak dan tawa walaupun terpaksa menahan sejuk hingga menggigil tanpa stoking, mahu pun berkasut.

Seksanya Musim Sejuk di Gaza! Masihkah ada yang prihatin dengan nasib mereka?

Apatah lagi, apabila melihat kanak-kanak berlari-lari di dalam longkang tanpa berkasut dan berpakaian lengkap.

Begitulah keadaan mereka sejak serangan pada 2014 hingga menyebabkan rumah mereka hancur musnah.

Andai kata anda diberi peluang untuk menjejakkan kaki ke bumi Gaza, pastinya hati anda bakal tersentuh dengan persekitaran di sana yang cukup daif.

Musim Sejuk di Gaza

Perkongsian kali ini semoga dapat membuka mata anda yang dermawan lagi baik hati agar lebih peka dan cakna tentang apa yang berlaku pada saudara-saudara yang jauh di negara timur tengah sana yang menjadi mangsa peperangan di negara sendiri.

5 fakta penting saat musim sejuk di Gaza yang anda harus tahu:

 

▶Suhu 10 darjah celcius (bulan December – Febuari, kadang kala, penurunan hingga 5 darjah celcius.

▶Kuantiti tahunan hujan turun anggaran 650 – 800 ml

▶Anggaran populasi ialah 1, 912, 267 orang.

▶Populasi di bawah usia 15 tahun ialah 42.7 peratus

▶Kadar kemiskinan ialah 60 peratus daripada populasi

Sumber: PaliRoots

Berkongsi rezeki bersama Gaza

Dengan penuh rasa tanggungjawab, pada tahun ini Global Peace Mission Malaysia bakal menyalurkan bantuan kemanusiaan buat saudara-saudara kita di Gaza. Adakah anda berhasrat untuk bersama-sama GPM untuk sama-sama menjayakan misi ini?

 

Kempen

 [WINTER AID FOR THE NEEDY 2019]

Apa yang dermawan boleh sumbangkan untuk sama-sama membantu?

FOOD BASKET (Makanan Ruji)

– RM100/ Slot

SASARAN: 2, 500 Slot

……………………………………….

KIT MUSIM SEJUK 

(Baju, Kasut, Selimut, Alas Tidur)

RM100/ Slot

SASARAN: 2, 500 Slot

……………………………………….

KHEMAH & KEPERLUAN RUMAH (Kanvas & Karpet)

– RM100/ Slot

SASARAN: 5, 000 Slot

……………………………………….

BAHAN BAKAR/ HEATER (Kayu api/ Petrol)

– RM150/ Slot

SASARAN: 1, 666 Slot

Klik link di bawah untuk sumbangan secara dalam talian

https://www.billplz.com/winteraid4theneedy

Atau, sumbangan anda boleh dibuat melalui deposit/ pindahan wang ke salah satu akaun GPM seperti di bawah:

GLOBAL PEACE MISSION:

MAYBANK ISLAMIC: 5642-2161-1602

BANK ISLAM: 1402-30100-29224

AFFIN ISLAMIC BANK: 1051-9000-2871

CIMB ISLAMIC: 8603-5325-13

Ref: W4TN

Salam Kemanusiaan,

Tim Global Peace Mission.

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WAKAF MASJID AHMAD AMMAR DI NIGERIA

#MasjidAhmadAmmar