Infak monthly for the needy as low as RM10

Majlis Sumbangan Peralatan Perubatan di Hospital Selayang

8 Julai 2021 (Khamis): Global Peace Mission (GPM) Malaysia diketuai Ketua Pegawai Operasi GPM, Syahrir Azfar Saleh bersama beberapa rakan NGO dari Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs (ACCIN), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Yayasan Ikram Malaysia, Tzu Chi Foundation dan Interactive Muslimah Association (IMAN) telah menyumbangkan Infant Radiant Warmer (3 unit), Syringe Pumps (16 unit), Patients Cardiac Monitor (2 unit) dan Infant Ventilator di Hospital Selayang hari ini.

Melihat keadaan hospital-hospital negara kita yang semakin tenat dalam keadaan kes Covid-19 yang semakin meningkat, GPM dan rakan-rakan NGO mengambil inisiatif menggerakkan kempen program My Solidarity COVID-19 Fund bagi membantu meringankan beban para doktor, jururawat, kakitangan hospital serta sukarelawan yang terlibat dengan memberikan sumbangan barangan keperluan di hospital dalam kadar segera sebagai salah satu bentuk sokongan kepada pejuang barisan hadapan.

Sesi penyerahan sumbangan kepada pihak hospital dan sidang media bersama pihak Bernama, Sumber Kini dan Bernama online turut diadakan.

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest