Global Peace Malaysia

Misi Kemanusiaan Filipina
Taufan Sendongatau dikenali sebagai Wasyi telah berlaku pada 17 Disember 2011 di dua daerah di Filipina iaitu Cagayan De Oro dan Iligan. Bencana yang berpunca daripada tiupan angin beserta curahan air mendadak telah mengakibatkan keadaan pasca taufan lebih mirip kejadian tsunami di mana dalam tempoh kurang 5 minit hentaman air bercampur lumpur telah meranapkan puluhan ribu rumah meninggalkan ratusan ribu nyawa terpaksa menginap di khemah dan menumpang di rumah saudara mara.

Misi GPM ke Iligan iaitu penghantaran bantuan awal sebanyak RM9,000.00 berbentuk makanan sebanyak 150 pek terdiri daripada 4kg beras, 3 tin sardin, 3 bungkus mee segera dan 2 botol air mineral telah selamat diagihkan kepada 150 keluarga Muslim di Masjid Sultan Karimul Makhdum, Kampung Hinaplanun di Iligan. Misi ini berjaya dijalankan dengan kerjasama The Sultanate of Sulu Darul Islam (SSDI). Selain bantuan yang telah dinyatakan di atas lima keluarga di mana rumah mereka telah ranap dan kematian anggota keluarga telah diberi bantuan sekampit beras sebanyak 25kg dan bantuan tunai antara RM350 hingga RM700 seorang (5000-10000

peso)

Kenangan manis berkorban di Kemboja
﻿﻿Oleh Mohd Shazni Abdullah

DARI udara kelihatan kelopak-kelopak sawah menghijau bergenang air. Bangunan-bangunan usang turut menghiasi pemandangan dari atas. Fikiran mula membayangkan cerita-cerita kesusahan penduduk Kemboja yang sangat menyayat hati.

Pesawat AirAsia yang kami naiki mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh, Kemboja dengan tenang.

Alhamdulillah, hasil kerjasama Global Peace Mission Malaysia (GPM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Wadah Pencerdasan Umat (Wadah) seramai 40 delegasi membawa bantuan seperti makanan, pakaian dan juga naskah-naskah muqaddam untuk diedarkan kepada yang memerlukan di Kemboja.

Melalui sedikit sumber bacaan, terdapat masyarakat Melayu yang dikenali sebagai Champa di Kemboja. Mereka berasal dari tengah dan selatan Vietnam membentuk Kerajaan Champa Tua yang kuat. Agama Islam datang seawal zaman pemerintahan Saidina Uthman Ibn Affan, khalifah yang ketiga apabila beliau menghantar utusan ke negeri China dan singgah di Vietnam. Islam mula berkembang pada kurun ke-11 di bawah Dinasti Tang (618-907).

Jumlah umat Islam dianggarkan seramai 200,000 orang pada tahun 1975. Bagaimanapun malapetaka pada zaman pemerintahan Parti Komunis Kemboja di bawah pimpinan Pol Pot dari tahun 1975 hingga 1979 meninggalkan kesan yang mendalam terhadap umat Islam. Para guru, ilmuwan dan cendekiawan dibunuh.

Sejumlah 132 masjid diroboh atau dijadikan kandang babi. Kitab al-Quran dirampas dan dibakar. Pada 23 Februari 1974 nelayan Islam Champa berdemontrasi beramai-ramai membantah sikap kuku besi rejim. Akibatnya, kira-kira 100 nelayan ditembak mati di tebing sungai Kampong Cham.

Pol Pot dengan rakusnya melakukan pembersihan etnik. Dia hanya mahu kaum Khmer tinggal di Kemboja. Pembangunan, kemajuan dan orang terpelajar termasuk alim ulama dihapuskan.

Perjalanan dari lapangan terbang ke sebuah sekolah di bawah kelolaan Pertubuhan Intelektual Muslim Negara Kemboja (CMIA) dihiasi pemandangan yang sangat sederhana.

Sekolah yang memuatkan hampir 100 murid itu kelihatan ala kadar untuk pendidikan awal kanak-kanak bagi mengelakkan mereka tercicir dalam bidang pendidikan.

Kegigihan para ibu bapa menghantar anak mereka dapat dirasa tatkala tiba waktu pulang. Kepuasan melihat tahap pendidikan yang semakin bertambah dirasai apabila melihat anak menadah tangan berdoa beramai-ramai sebelum pulang.

Suasana sambutan Aidiladha sama seperti di Malaysia. Masyarakat Muslim berpusu-pusu menuju ke masjid untuk menunaikan solat. Bezanya cuma keadaan masjid mereka yang agak uzur menyambut delegasi kami pada waktu itu untuk sama-sama bertakbir.

Selesai menunaikan solat, kami menuju ke Kampung Chrow Meatry, salah sebuah kampung di kawasan pedalaman Kemboja. Perjalanan yang memakan masa hampir dua jam ke kampung tersebut sangat menyentuh hati bila melihat kedaifan penduduk di pinggir jalan.

Rata-rata rumah mereka bertiang tinggi yang membolehkan kawasan bawah rumah dijadikan kandang lembu.

Ditambah lagi dengan persekitaran yang tidak terurus dan bau najis yang menusuk hidung membuatkan suasana hari raya tidak langsung dirasai oleh penduduk kampung. Kehadiran kami pagi itu dirasakan sangat bermakna buat penduduk kampung.

Pengagihan daging korban dan juga beras kepada penduduk kampung dilakukan dengan teratur. Makanan ringan juga disediakan untuk diedarkan kepada kanak-kanak.

Setelah sesi penyerahan agihan dan juga beramah mesra bersama orang kampung kami bertolak meninggalkan kampung tersebut untuk ke destinasi seterusnya.

Kampung Thom destinasi seterusnya. Kawasan masjid yang dahulunya terdapat sebuah pondok usang untuk pengajian kanak-kanak kini telah berubah. Ia hasil sumbangan rakyat Malaysia yang sangat prihatin. GPM berjaya menyediakan sebuah bangunan tiga kelas untuk kemudahan pendidikan.

Dengan adanya kelas-kelas tersebut dapat menarik minat kanak-kanak penduduk kampung untuk belajar.

Tinjauan kami pada hari tersebut tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Suasana kelas yang selesa tetapi para pelajar terpaksa duduk bersesak-sesak samata-mata untuk mendapatkan ilmu.

Difahamkan guru-guru juga pendapatannya bergantung kepada duit zakat padi di kampung tersebut. Lebih menyedihkan, hujan lebat dan banjir yang menyebabkan tanaman padi rosak sekali gus menjadikan guru-guru tersebut kehilangan punca pendapatan.

Para delegasi kemudiannya membuat kutipan derma kilat bagi menampung gaji guru-guru tersebut.

Alhamdulillah, tanpa disangka hasilnya cukup bagi menampung kesemua gaji empat guru di situ.

Senyuman mereka pada hari yang mulia itu sangat memberi makna untuk meneruskan misi perjuangan pendidikan kepada anak bangsa.

Seperti di kampung sebelumnya kami menyerahkan sumbangan beras, daging korban dan juga naskhah-naskhah muqaddam untuk para pelajar di kampung tersebut.

Sempena Hari Raya Korban baru-baru ini, sebanyak 143 ekor lembu dan 11 ekor kambing telah disembelih untuk diedarkan di 83 kampung di 14 wilayah dalam Kemboja.

Selain itu, sebanyak 1,150 keluarga menerima sumbangan beras bersama 1,000 naskah muqaddam.

* Telah disiarkan dalam Utusan Malaysia, 16 November 2011.

Kami perlu Muqaddam, al-Quran
Oleh Muhammad Suhail Ahmad

PADA setiap kali Ramadan, Global Peace Mission (GPM) Malaysia pasti akan menghantar rombongannya ke Kemboja untuk menyampaikan sumbangan rakyat Malaysia kepada mereka yang memerlukan.

Berbeza daripada tahun lepas, keperluan yang diutamakan pada tahun ini bukan lagi baju kurung atau baju Melayu. Muqaddam dan al-Quran adalah keperluan mendesak yang didambakan oleh kebanyakan generasi muda yang cintakan agama.

Madrasah-madrasah sekitar Kemboja tidak begitu banyak perubahan sejak awal GPM mula berkunjung ke sana. Meskipun sesetengahnya telah mendapat bantuan pembinaan bangunan baru, keperluan asas pengajian masih tidak mencukupi.

Sememangnya bulan Ramadan yang baru lalu, umat Islam dianjurkan memperbanyakkan tilawah al-Quran selain menunaikan ibadah-ibadah sunat yang lain. Begitu jugalah harapan masyarakat Islam Kemboja yang dahagakan amalan sebegini khususnya golongan pelajar madrasah.

Namun, kekurangan sumber rujukan seperti muqaddam dan al-Quran membataskan pelaksanaan ibadah itu.

Senaskhah muqaddam terpaksa dikongsi antara empat ke lima orang untuk dibaca.

Al-Quran pula hanya dapat dirujuk ustaz yang mengajar. Sedangkan para pelajar terpaksa membacanya secara hafalan langsung daripada apa yang dibacakan ustaz.

Selain membaca al-Quran, pemahaman atas makna ayat-ayat Kalamullah itu juga amat penting. Ini hanya dapat difahami melalui penerangan makna oleh ustaz dan ustazah yang mengajar.

Keadaan itu amat membimbangkan Timbalan Menteri Hal Ehwal Sosial Kemboja yang juga Presiden Pembangunan Komuniti Muslim Kemboja (CMCD), Ahmad Yahya yang merasakan keperluan menyediakan naskhah al-Quran dengan terjemahannya dalam bahasa Khmer dan Cham.

Katanya, usaha itu digerakkan selepas mendapat usul peserta seminar Penyatuan Umat Islam demi Pembangunan Nasional yang diadakan pada 15 Februari 2009 di Phnom Penh.

Kewujudan al-Quran terjemahan bukan saja dapat memberi peluang kepada para pelajar mempelajari al-Quran dengan bacaan tajwid yang betul, bahkan dapat memberi faham akan makna di sebalik bait indah yang dibaca.

Tambah Ahmad, usaha terjemahan itu telah mendapat sokongan kerajaan Kuwait dan para penterjemah warga Kemboja yang tamat pengajian di negara-negara Arab seperti Arab Saudi, Mesir dan Libya. Namun, tiada peruntukan lagi untuk kos percetakan.

Hasrat itu diusahakan sejak dua tahun lalu apabila CMCD menubuhkan satu kumpulan petugas khas dalam usaha merealisasikan impian murni ini.

Semakan demi semakan telah dibuat bagi memastikan terjemahannya menepati makna sebenar selain kesilapan ejaan cuba dielakkan.

Sehingga kini, masih belum terdapat al-Quran terjemahan dalam bahasa Khmer atau Cham diterbitkan oleh mana-mana pihak untuk rujukan umat Islam di Kemboja.

Ini adalah julung-julung kali al-Quran terjemahan dalam bahasa Khmer diterbitkan di Kemboja.

Pada tahun ini, proses suntingan sudah selesai dibuat dan kejayaan projek ini mulai menampakkan hasil. Namun, kekangan dana mengehadkan proses percetakan al-Quran terjemahan ini dengan lebih banyak.

Al-Quran terjemahan bahasa Cham antara lain bertujuan mengembalikan jati diri Melayu orang Kemboja yang berasal dari Champa. Ini dilakukan dengan penggunaan semula karakter tulisan Jawi dalam terjemahan bagi mempopularkan semula bahasa Cham.

Berbekalkan azam yang sama, iaitu ingin melihat lebih ramai umat Islam di Kemboja dapat mempelajari al-Quran dengan pembacaan dan pemahaman yang lebih baik, GPM dengan kerjasama Future Global Network (FGN) telah menubuhkan tabung Projek Percetakan al-Quran terjemahan bahasa Khmer dan Cham bermula Ramadan tahun ini.

Al-Quran terjemahan

Setakat ini, hanya 1,000 naskhah al-Quran terjemahan dapat diterbitkan iaitu 10 peratus daripada sasaran awal penerbitan sebanyak 10,000 naskhah. CMCD memerlukan dana sekurang-kurangnya RM200,000 untuk merealisasi hasrat tersebut.

Serentak dengan itu, GPM dan FGN melancarkan Projek Muqaddam untuk Kemboja melalui penjualan kupon. Sekeping kupon bernilai RM5 dapat menaja senaskhah muqaddam dan dana pendidikan anak-anak di Kemboja.

Justeru, dengan penglibatan masyarakat antarabangsa khususnya umat Islam Malaysia yang prihatin dengan keperluan mereka, percetakan muqaddam dan al-Quran terjemahan itu dapat dipertingkatkan.

Ia sekali gus dapat menambahkan keceriaan para pelajar yang berpeluang belajar dalam keadaan yang lebih selesa apabila masing-masing memiliki senaskhah muqaddam atau al-Quran terjemahan.

Sumbangan yang dikumpulkan pihak GPM dan FGN sebahagiannya diserahkan semasa lawatan kerja pada 10 hingga 12 Ogos lalu. Ia untuk membayar kos percetakan yang dibuat di Kemboja.

Hasilnya sejumlah 10,000 naskhah muqaddam telah dan sedang diedarkan di beberapa madrasah seperti di daerah Kendal, Kg Cham dan Kampot.

Rombongan GPM dan FGN dapat menyaksikan sendiri kegembiraan anak-anak kecil apabila setiap daripada mereka menerima senaskhah muqaddam.

Muqaddam sebagai asas pengenalan huruf-huruf al-Quran adalah sumber rujukan ilmu yang penting bagi kanak-kanak komuniti Islam di Kemboja.

Hasrat membaca al-Quran dengan baik terbuku kuat di hati mereka yang berharap dapat menguasai pembacaan muqaddam dengan betul.

Rakan kerjasama GPM dan FGN di Kemboja iaitu Kesatuan Intelektual Muslim Kemboja (CMIA) adalah pelaksana bagi projek-projek yang dianjurkan GPM.

CMIA sebagai badan tempatan lebih mengetahui keperluan semasa dan dapat mengatur strategi pengagihan bantuan dengan lebih efektif berbanding badan-badan luar yang kurang arif tentang situasi sebenar yang berlaku.

GPM memandang tinggi usaha ini dalam proses membangun generasi muda demi memartabat kehidupan umat Islam di Kemboja. Usaha ini dilihat bukan persis memberikan ikan semata-mata tetapi lebih kepada mengajar mereka cara untuk memancing.

Umum mengetahui bahawa Kemboja merupakan negara pilihan kebanyakan organisasi antarabangsa dalam menyalurkan sumbangan kebajikan kepada umat Islam di sana.

Namun, lambakan itu tidak bermakna keperluan mereka sudah mencukupi.

Pengalaman GPM sendiri dalam menganjurkan pelbagai projek dan misi kemanusiaan ke Kemboja, GPM belum pernah menemui mana-mana organisasi yang menyalurkan bantuan kepada golongan sasaran yang sama dalam projek dan misi mereka.

Ini membuktikan betapa ramainya umat Islam di Kemboja yang masih hidup serba kekurangan.

Sehubungan itu, GPM merayu umat Islam di Malaysia untuk terus menyumbang bagi menampung keperluan muqaddam dan al-Quran terjemahan di Kemboja.

Sumbangan boleh dibuat secara tunai, cek atau pindahan atas talian ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad 12-113-01-003041-2 atas nama Future Global Network Foundation atau hubungi 03-61877020 dan www.futureglobalnetwork.com untuk keterangan lanjut.

GPM dan FGN mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para penyumbang yang telah dan akan menginfak sebahagian hartanya untuk kepentingan umat Islam yang sangat memerlukan.

Semoga amalan dalam bulan yang penuh keberkatan ini diberi ganjaran berlipat kali ganda.

* Telah disiarkan dalam Utusan Malaysia, 4 Oktober 2011.

Tabung Kemanusiaan Bencana Taufan Filipina dilancar
Majlis Pelancaran Tabung Kemanusiaan Bencana Taufan Filipina GPM. Dari kiri Tuan Hj. Zakaria Abdullah, Pengarah Bahagian Filipina, Tn Hj Wan Abd Rahman Wan Hussain, Pengarah Bahagian Thailand, Sdr. Mohd Akmal Abd Rahim, Exco Penyelidikan ABIM dan Timbalan Ketua Eksekutif GPM, Mohd Shakir Fahmi b. Fakhrulrazi.

GPM telah menghantar kumpulan pertama untuk Misi Kemanusiaan Bencana Taufan Filipina yang diketuai oleh Timbalan Ketua Eksekutif, Mohd Shakir Fahmi b. Fakhrulrazi dan Pengarah Bahagian Filipina GPM Tuan Hj. Zakaria Abdullah. Mereka telah berangkat pada 30 Disember untuk misi menyalurkan bekalan air bersih di daerah Iligan, Mindanao.

Selami Budaya Melayu Cham
Oleh Muhammad Suhail Ahmad

KEMBOJA adalah negara yang tidak asing lagi kepada rakyat Malaysia. Rata-rata kita mengenali masyarakatnya melalui perniagaan kain di Malaysia.

Namun, kita jarang didedahkan tentang masyarakat Melayu Cham di Kemboja. Apatah lagi untuk mengenali negara Champa yang sudah lenyap dari peta dunia.

Kesempatan mengenali masyarakat Melayu Cham telah saya manfaatkan sebaiknya dalam misi bantuan pakaian sempena Aidilfitri anjuran Global Peace Mission (GPM), baru-baru ini.

Asal usul bahasa Cham adalah bahasa Melayu-Polinesia yang merupakan sub-bahasa kepada keluarga bahasa Austronesia.

Jenis bahasa yang digunakan ini sama dengan jenis bahasa yang kita pertuturkan di Malaysia dan Indonesia.

Cuma bahasa pertuturan kita hari ini adalah bahasa yang telah dipersetujui sebagai Bahasa Melayu Piawai iaitu Bahasa Melayu Riau yang dianggap sebagai tempat kelahiran Bahasa Melayu.

Maka tidak hairanlah sebahagian besar perkataan yang dipertuturkan masyarakat Cham tidak difahami.

Hanya sedikit saja perkataan yang difahami seperti rezeki, halal, sabda, firman, haram dan hadirin yang dihormati.

Sebaik saja tiba di Phnom Penh, rombongan terus dibawa oleh saudara Farid, wakil Persatuan Intelektual Muslim Kemboja (CMIA) menuju ke Masjid Dubai untuk menunaikan solat Jumaat. Sewaktu khutbah dibacakan, didapati khatib membaca teks dari kanan ke kiri.

Ini membuatkan saya tertanya-tanya kenapa cara pembacaannya tidak seperti membaca tulisan rumi. Lantas saya memberanikan diri bertanya kepada khatib sebaik selesai solat Jumaat.

Kata Imam Abdul Rahman, asal bahasa Cham ditulis dalam tulisan Jawi. Tetapi teks khutbah sekarang ditulis dalam bahasa Khmer cuma dia masih mengekalkan penulisannya dalam tulisan Jawi. Ini kerana kebanyakan masyarakat Melayu Cham sudah tidak tahu berbahasa Melayu.

Inilah kesan kekejaman rejim komunis Khmer Rouge yang mengakibatkan masyarakat asal Champa ini kehilangan identiti Melayu Cham mereka. Seterusnya anggota delegasi dibawa ke Muzium Tuol Sleng untuk melihat kesan kekejaman itu.

Tiga blok bangunan sekolah telah ditukar peranannya menjadi sel-sel tahanan untuk menyeksa musuh politik Pol Pot dari 1975 hingga 1979. Sesiapa saja yang berpendidikan tinggi dan berpengaruh dianggap sebagai musuh politik Khmer Rouge. Penjara Tuol Sleng ini juga dikenali sebagai Penjara S-21 oleh rejim ini.

Di sini kami amat bertuah dapat bertemu dengan Chum Mey, seorang bekas tahanan yang terselamat daripada dibunuh oleh tentera Pol Pot. Hanya tujuh daripada 20,000 orang tahanan yang dipercayai terselamat daripada dibunuh.

Chum Mey yang kini berusia 79 tahun masih tidak dapat melupakan tragedi hitam dalam hidupnya. Dia membawa kami ke sel tahanan kecil, tempat dia diseksa dengan begitu kejam.

Kedua belah kakinya dirantai sambil badannya dipukul dengan besi panas dan tajam. Tentera rejim hanya menyediakan sebuah botol untuk menakung air kencing manakala sebuah bekas lain bagi menakung najis. Sekiranya air kencing atau najis tadi tertumpah pada lantai, dia akan dipaksa menjilatnya.

Sepanjang tempoh empat tahun Pol Pot berkuasa, para ulama Melayu Cham juga turut menjadi mangsa. Sesiapa saja yang kelihatan berpengaruh akan diseksa dan dibunuh. Penyeksaan dibuat terlebih dahulu bertujuan untuk mendapatkan maklumat mengenai ahli keluarga dan kenalan mereka yang bakal ditahan kemudiannya.

Di muzium itu terdapat banyak gambar yang dirakamkan Ho Van Tay, jurukamera tentera Vietnam pada 1979 yang merupakan orang pertama memasuki kawasan Tuol Sleng selepas kejatuhan Pol Pot.

Antaranya ialah gambar tengkorak yang dikumpulkan bagi menandakan kejayaan mereka membunuh musuh-musuh politik mereka. Tengkorak-tengkorak itu masih wujud hingga hari ini untuk diabadikan sebagai bahan pameran di muzium ini.

Menurut Mufti Kemboja, Kamaruddin Yusuf, peperangan di Kemboja sebenarnya bermula sejak tahun 1970 hingga 1993. Dalam tempoh itu, banyak masjid dan sekolah diruntuhkan, kitab dan al-Quran dimusnahkan dan 60 peratus masyarakat Islam dibunuh.

Walaupun kekejaman yang dahsyat berlaku pada zaman Pol Pot, nasib masyarakat Melayu Cham yang majoritinya beragama Islam masih dirundung malang selepas itu. Akibatnya generasi ulama dan berpendidikan tinggi lenyap begitu saja.

Maka, wujudlah satu jurang yang sangat besar antara generasi hari ini dengan generasi terdahulu. Kamaruddin sendiri mengakui bahawa generasi mereka kurang ilmu dan kemahiran untuk mengajar anak-anak hari ini.

Kebanyakan mereka hanya mengajar anak-anak berdasarkan pengetahuan cetek yang disulami dengan pengalaman lampau. Tiada sistem pendidikan standard yang diamalkan di sekolah-sekolah Melayu Cham dan setiap guru menggunakan cara mereka tersendiri dalam pengajaran di sekolah.

Ditambah pula dengan sikap lepas tangan kerajaan Kemboja yang tidak mahu terbabit dalam sebarang usaha melibatkan agama.

Masyarakat Melayu Cham akhirnya terpaksa kami tinggalkan buat sementara waktu dengan janji untuk kembali pada Hari Raya Aidiladha kelak bagi menjalankan ibadah Korban masyarakat Malaysia di sini.

Oleh itu, bagi sesiapa yang berminat untuk mewakilkan GPM bagi menunaikan ibadah Korban anda di Kemboja, bolehlah menghubungi Najiyyah di talian 010-400 2324 atau Azlina di talian 019-2882852. Maklumat lanjut juga boleh didapati di www.gpm.com.my.

* Telah disiarkan dalam Utusan Malaysia, 13 Oktober 2010.

MAIWP sumbang RM30,000 untuk Somalia
Kuala Lumpur -  Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif GPM, Sdr. Mohd Shakir Fahmi b. Fakhrulrazi (kiri) telah menerima penyerahan sumbangan sebanyak RM30,000.00 daripada Pengerusi Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Dato’ Haji Mustafa Abdul Rahman (kanan) di Wisma PPZ tengahari tadi. GPM akan menggunakan dana ini untuk projek membina telaga air di daerah Dharkenley dalam wilayah Banadir, Mogadishu.

RM5,000 diterima untuk projek GPM di Mentawai
GOMBAK – Presiden GPM, Sdr Raimi telah menerima cek bernilai RM5000.00 untuk projek Bantuan Gempa Mentawai, Indonesia yang diserahkan oleh YDP Abim Kelantan, Ustaz Faisal Abdullah disaksikan oleh Presiden ABIM, Sdr Amidi Abdul Manan pada 24 September 2011 sempena Majlis Mesra Aidilfitri PKPIM, ABIM, WADAH & Agensi .

GPM sumbang RM31,495 bina telaga di Somalia
SHAH ALAM – Misi kedua kemanusiaan Global Peace Mission Malaysia (GPM) diteruskan dengan menyumbangkan ASD10,000 (RM31,495) bagi membina telaga air untuk keperluan rakyat di Somalia.

Sebelum ini, GPM menyalurkan bantuan serupa bertujuan mengagihkan keperluan makanan selama sebulan kepada penduduk daerah Dharkenley di wilayah Banaadir, Mogadishu.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif GPM, Mohd Shakir Fahmi Fakhrulrazi berkata, misi kedua ini bagi membina telaga air yang akan diurus selia oleh Yayasan Zam-Zam Somalia.

“Misi kedua ini, bagi membina telaga untuk keperluan air bersih kepada penduduk dan GPM berhasrat membina 10 telaga air,” katanya.

Terdahulu, beliau bersama Pengerusi GPM, Mohamad Raimi Ab Rahim menyerahkan cek kepada wakil Yayasan Zam-Zam Somalia, Hassan Sheikh Ali Nur yang turut disaksikan oleh Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub di sini, semalam.

GPM menjalinkan kerjasama erat dengan anggota Union of NGO’s of Islamic World (UNIW) iaitu Yayazan Zam-Zam Somalia bagi tujuan pengagihan bantuan.

Ini dilakukan bagi memastikan bantuan sampai kepada mereka yang memerlukan, memandangkan yayasan ini berpengalaman dan arif tentang keadaan di sana.

GPM sebelum ini, melancarkan kempen Tabung Rayuan Ramadan untuk membantu rakyat Somalia yang berhadapan dengan masalah kebuluran, keganasan dan pergolakan politik dalaman.

Misi Kemanusiaan Somalia GPM berjaya dilaksanakan
Global Peace Mission (GPM) telah menghantar sejumlah USD10,000 sebagai bantuan awal kepada pelarian di Mogadishu, Somalia pada 25 Ogos 2011/25 Ramadhan 1432 untuk keperluan makanan selama sebulan. Penyerahan cek kepada saudara Hassan Syeikh Ali, wakil Yayasan Zam Zam Somalia telah diadakan pada tarikh yang sama di Balai Berita SINAR, Kumpulan Karangkraf.

GPM telah menjalinkan kerjasama erat dengan rakan anggota  Union of NGOs of Islamic World (UNIW) iaitu Yayasan Zam Zam Somalia bagi tujuan pengagihan bantuan makanan tersebut. Ini dilakukan bagi memastikan bantuan sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan memandangkan Yayasan ini lebih berpengalaman dan arif tentang keadaan di sana.

Lokasi pilihan untuk bantuan awal ini ialah di daerah Dharkenley di wilayah Banaadir, Mogadishu. Mangsa kebuluran paling teruk akibat kemarau dan konflik berpanjangan ini adalah penduduk di antara Sungai Shabele dan Sungai Jubba. Kebanyakan mereka melarikan diri ke Mogadishu bagi mendapatkan bekalan makanan, penempatan dan perubatan kerana kelompok penentang, Al-Shabab telah menyekat bantuan luar masuk ke kawasan asal mereka.

Menurut laporan rasmi UNHCR, setakat 2 September 2011, jumlah tertinggi pelarian iaitu seramai 17,790 orang telah melarikan diri ke Dharkenley. Ini mengakibatkan kekurangan bekalan makanan yang mencukupi bagi menyara keperluan penduduk tempatan dan para pelarian.

Bantuan makanan yang disampaikan oleh GPM melalui Yayasan Zam Zam berupa beras (25kg), tepung gandum (25kg), minyak (3liter) dan kurma (2kg) bagi setiap keluarga. Sebanyak 175 keluarga atau 1,225 mangsa telah mendapat bantuan makanan ini.

Pengagihan bantuan makanan secara teratur dan bersistem oleh Yayasan Zam Zam dapat mengelakkan daripada berlakunya perebutan di kalangan mangsa yang memerlukan. Ini membuktikan keberkesanan gerak kerja Yayasan yang cukup berpengalaman dalam menguruskan bantuan-bantuan kemanusiaan.

Keriangan yang terpancar di wajah mereka setelah mendapat bantuan ini jelas kelihatan apabila mereka menerimanya dan membawa makanan tersebut pulang ke penempatan masing-masing.

Pihak GPM ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para penyumbang yang telah menyumbang untuk membantu rakyat Somalia pada fasa pertama yang lalu. Untuk fasa seterusnya, GPM masih mengalu-alukan sumbangan daripada pelbagai pihak untuk disalurkan kepada wakil kami, Yayasan Zam Zam di Mogadishu untuk pelaksanaan misi bantuan kemanusiaan GPM.

Fasa kedua akan menumpukan kepada projek jangka masa panjang seperti pembinaan perigi Waqaf, khemah, perubatan dan pendidikan.

Sumbangan tuan/puan boleh disalurkan ke akaun GLOBAL PEACE MISSION (GPM) seperti berikut:

“Humanitarian Mission Across Borders”

GLOBAL PEACE MISSION (GPM)

2-2A, Jalan GJ2 Batu 51/2 Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur, Malaysia

Tel: +60 3 6188 3230   Fax: +60 3 6188 3233

Email: gpmhq@yahoo.com   Website: www.gpm.com.my

Eid Message from UNIW
Asssalamu alaikum wa rahmatullah

My Respected Brothers and Sisters,

Thanks to Allah Almighty that we have altogether lived the holy month of Ramadan. We have renewed our belief and purified our spirits and bodies whole together and prepared for the remaining months of this year. We pray Allah Almighty to reach us another holy month of Ramadan with peace and blessings.

This year we have also joined at the suffering and hopes of Islamic World. We have moved to reach our hands at our Somalian brothers and recognized the importance of continues aids and reliefs to the area. We have prayed for the end of occupations in Iraq and Afghanistan; to lift unjust embargo imposed on Gaza and freedom of the Holy Quds and Masjed al Aqsa. Unfortunately, we have witnessed persecution of our Syrian brothers at the hand of their rulers. We have worried on the events in Libya and once again see that it is impossible to see real peace and welfare in the Islamic countries without a just and legitimate governments are established.

We have cried for the martyrs at the hands of terrorists that are backed by evil centers to destabilize Turkey. We have prayed Allah Almighty to help our brothers in Kashmir, Patani, Chechnya, Eastern Turkistan and Burma (Myanmar) for their freedom, dignity and peace.

Once again, we have recognized that there is a dare need for hardworking in order to provide real unity and cooperation in the Islamic World and for real and happy eids in every fields.

I congratulate Eid al Fitr for all of you, your organization, your family and whole the Islamic World. I pray Allah Almighty to give us blessings and beneficences.

Wassalamu alaikum wa rahmatullah

Necmi Sadıkoğlu

Secretary General of the UNIW