ABIM Bangi bantu kutipan tabung Somalia
Pada 21 Ogos 2011 (Ahad) mulai jam 5.30 petang di Bazaar Ramadhan, belakang Kompleks PKNS, Bandar baru Bangi, Sukarelawan ABIM Bangi yang terdiri daripada anak-anak muda prihatin telah menjayakan kempen tabung bergerak Misi Bantuan Somalia kendalian Global Peace Mission (GPM).
Tujuan utama ia diadakan ialah untuk mendapatkan dana sebanyak mungkin daripada masyarakat untuk disalurkan bagi menjayakan bantuan kemanusiaan kecemasan secepat mungkin. Ini kerana krisis kemanusiaan semakin meruncing tatkala umat Islam di seluruh dunia sibuk menghadapi bulan Ramadhan dan Syawal tidak lama lagi.

Usaha ini telah mendapat sambutan yang baik di kalangan pengunjung yang sibuk membeli juadah berbuka puasa. Sebanyak RM1210, EURO20 dan Singapore Dollar (SD)1.40 telah disumbangkan untuk hari tersebut.
Pihak GPM amat berterima kasih atas kesungguhan yang ditunjukkan oleh para sukarelawan ABIM Bangi atas inisiatif membantu GPM mengumpul dana sebanyak RM1 juta. Semoga usaha ini diberkati Allah SWT dan akan diteruskan lagi di lokasi yang pelbagai.








Tahniah atas kesugguhan yg ditujukkan..
Abim bakal mencontohi dan menruskan gerakan kutipan derma Somalia..
berat sam dipikul,ringan sama dijinjing..Allahukbar…
Moga Allah rahmati semua dan berikan ganjaran atas usaha yang ditunjukkan.
Abim Pahang..Insyallah..
Semoga kutipan yang dilaksanakan dapat menyemai budaya infaq walaupun pada kadar yang kecil. Terima kasih.