CEO GPM JUARAI PERTANDINGAN PENULIS MUDA KEMANUSIAAN

28hb Disember 2016 (Rabu): Alhamdulillah, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Global Peace Mission (GPM) Malaysia, Saudara Ahmad Fahmi Mohd Samsudin telah menjuarai Pertandingan Penulis Muda Kemanusiaan 2016 yang bertemakan ‘The Power of Humanity.’

Beliau yang juga aktivis Malaysian Life Line for Syria (MLLFS), memenangi tempat pertama dalam kategori bukan wartawan (Bahasa Melayu). Serahan dibuat oleh Puan Claire Servoin, Timbalan Ketua Delegasi Serantau ICRC di Wisma UOA, Kuala Lumpur.

Pemenang tempat pertama menerima peralatan elektronik bernilai RM1,500 manakala pemenang tempat kedua bakal membawa pulang peralatan elektronik bernilai RM1,000.

Pertandingan itu, yang dilancar pada 8hb Mei lepas bersempena sambutan Hari Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Sedunia, dianjur oleh ICRC dan Kelab Akhbar Kebangsaan Malaysia (NPC) dengan kerjasama Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM).

Panel hakim yang terdiri daripada ahli akademik, pengamal dan pakar dalam bidang komunikasi, undang-undang kemanusiaan antarabangsa serta hal ehwal kemanusiaan telah memilih enam pemenang yang menunjukkan pemahaman asas yang amat baik berkaitan isu dan cabaran kemanusiaan.

Terdahulu, pada 2015, artikel tulisan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Malaysia Life Line for Syria (MLLFS), Saudara Syahrir Azfar Saleh (Syahrir Azfar Al-Halabi); “Allah, Suriah, Hurriyah Bas” yang tersiar dalam Sinar Harian; telah memenangi tempat kedua, dalam pertandingan sama.

http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php…

“Misi Kemanusiaan Merentas Sempadan”

Image may contain: 2 people, people standing

Image may contain: 2 people, people standingNo automatic alt text available.No automatic alt text available.

 

 

This entry was posted in Events, Malaysia. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *