rss

Malam Puisi Riong

2 Aug, 2010 Events,News,Updates
Malam Puisi Riong

Perjuangan membela nasib Palestine serta kesucian Masjidil Aqsa tetap bertapak kukuh di hati setiap lapisan umat Islam di negara ini. Pada 2 Ogos 2010 yang lalu, Galeri Kulliyyah Senibina dan Senireka Alam Sekitar, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), telah menjadi wadah para ahli politik, agamawan serta sasterawan menzahirkan ekpresi jiwa mereka terhadap penderitaan yang dialami oleh umat Islam di Palestine.

Itu adalah gambaran yang menzahirkan suasana Malam Puisi Riong anjuran Berita Harian dan Jabatan Antarabangsa, Kemanusiaan dan Alam Sekitar, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), yang turut menyaksikan Yang Amat Berhormat (Y.A.B) Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mendeklamasikan sajak yang dinukilkan oleh wartawan Berita Harian, Nazmi Yaakub.

Tidak ketinggalan mendeklamasikan puisinya dalam Majlis Puisi Riong itu ialah Presiden ABIM, Muhamad Razak Idris, Ustaz Muhamad Uthman El-Muhamadiy, Tan Sri Prof. Dr. Kamal Hasan, Mantan Presiden ABIM, Dr Mohd Nur Manuty, Prof Dr Lim Swee Tim, artis Ramli Sarip, dan kumpulan lagu-lagu puisi berirama kontemporari, Usratika. Sempena dengan majlis itu ABIM turut melancarkan  Tabung Pendidikan dan Kemanusiaan Palestine ABIM.

About

Comments are closed.

About Global Peace Malaysia

Global Peace Mission (GPM)  is a non-governmental organization officially  formed in 2001 in response to humanitarian crisis in Afghanistan.  But prior to the official formation, for more than two decades and under various names, GPM has provided emergency assistance to various communities in Southeast Asia, South Asia, Central Asia, Middle...

Learn more »

Find us at :

  • twitter
  • facebook
  • linkedin
  • youtube
  • flickr

Photos on Flickr

Please set your flickr user from admin theme options