rss

GPM Bersama Muslim Kemboja

3 Aug, 2012 Events,Updates
GPM Bersama Muslim Kemboja

Global Peace Mission (GPM) Malaysia telah menjadikan agenda pembangunan masyarakat Islam di Kemboja sejak tahun 2005 sebagai salah satu agenda utamanya dalam menyebarkan rahmatan lil ‘alamin kepada umat yang memerlukan bantuan. Dengan memanfaatkan kepakaran yang ada dalam bidang pendidikan, ekonomi dan sosial, GPM telah bekerjasama dengan Cambodian Muslim Intellectual Alliance (CMIA), sebuah NGO di Kemboja untuk membangunkan masyarakat Kemboja melalui pendidikan Islam bermula dari pra-sekolah.

GPM juga telah menjalin kerjasama dengan beberapa badan atau NGO di peringkat antarabangsa dan dalam negara termasuklah penyertaan dalam Union of NGOs of the Islamic World (UNIW), Hayrat Vakfi (Turki), Yayasan Takmir-Pendidikan (YTP) dan Future Global Network Foundation (FGN). Jalinan-jalinan kerjasama sebegini pastinya akan dapat menjadikan misi kemanusiaan di Kemboja lebih berjaya dan berkesan. Antara Projek-projek yang dijalankan ialah:

  1. Pendidikan Islam kelolaan CMIA
  2. Rumah Anak Yatim Ummu Aiman, Phnom Penh
  3. Pembinaan Generasi Al-Quran
  4. Majlis Khatam Perdana 2012
  5. Qurban
  6. Ifthar
  7. Projek Al-Quran & Muqaddam
  8. Anak Yatim

Global Peace Mission (GPM) ingin menyeru anda yang budiman untuk terus menghulurkan sumbangan bagi menjayakan projek pendidikan masyarakat Islam di Kemboja. Sumbangan boleh disalurkan kepada:


About gpmhq

Leave a Reply

About Global Peace Malaysia

Global Peace Mission (GPM)  is a non-governmental organization officially  formed in 2001 in response to humanitarian crisis in Afghanistan.  But prior to the official formation, for more than two decades and under various names, GPM has provided emergency assistance to various communities in Southeast Asia, South Asia, Central Asia, Middle...

Learn more »

Find us at :

  • twitter
  • facebook
  • linkedin
  • youtube
  • flickr

Photos on Flickr

Please set your flickr user from admin theme options

None :P None :P