rss

GPM Mensasarkan Sumbangan RM1,000,000 Tabung Ifthar Ramadhan Rohingya

24 Jul, 2012 Events,Updates
GPM Mensasarkan Sumbangan RM1,000,000 Tabung Ifthar Ramadhan Rohingya

Oleh: Adli Zakuan Zairakithnaini (Koordinator Meja ASEAN, GPM)

Penghapusan kaum yang berlaku di Wilayah Arakan, Myanmar terhadap etnik Rohingya bukan lagi satu perkara yang tersirat dari mata dunia. Pembunuhan, penculikan, kecurian dan pemerkosaan adalah sebahagian daripada bentuk jenayah yang dibiarkan berleluasa oleh pihak berkuasa di sana. Saban hari kita mendengar pelbagai penganiayaan dikenakan terhadap kaum ini. Krisis ini menjadi semakin parah pada hujung minggu lalu apabila etnik minoriti ini diberitakan mengalami kekurangan makanan dan dilanda kebuluran.

Global Peace Mission (GPM) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah mengambil inisiatif untuk menghantar misi bantuan yang pertama malalui Yangon, Myanmar pada 11 Julai 2012. Misi ini bertujuan untuk mendapat gambaran menyeluruh berkenaan kejadian di Arakan dan membina jaringan bagi memudahkan penghantaran bantuan kemanusiaan untuk misi berikutnya.

Hasil perbincangan dengan beberapa NGO di Myanmar, beberapa aspek yang merangkumi sejarah, sosial, perundangan dan juga bukti-bukti kukuh menunjukkan terdapat satu usaha penghapusan kaum di Wilayah Arakan. Dengan berkuatkuasanya Undang-undang Kerakyatan Myanmar 1982 mengukuhkan lagi kenyataan ini di mana di antara 135 kaum yang diiktiraf pemerintah, etnik Rohingya tidak termasuk di dalamnya.

GPM bekerjasama dengan NGO-NGO tempatan yang diiktiraf oleh kerajaan Myanmar yang telah menghantar dan mengedarkan bantuan kemanusiaan sebanyak 2 kali ke 3 bandar utama kepada mereka yang terkesan daripada tragedi kali ini terutama etnik Rohingya yang kebanyakannya kehilangan tempat tinggal dan mata pencarian. Namun begitu, masih terdapat sekurang-kurangnya 100,000 mangsa yang lain yang kini hidup dikawasan hutan tebal dan pergunungan bagi mengelak dari terbunuh.

Bagi memenuhi sasaran, GPM dan ABIM dengan kerjasama Union of NGOs’ of Islamic World (UNIW) yang berpusat di Istanbul, Turki telah melancarkan Kempen RM200 Satu Keluarga terdiri dari lima orang dan mensasarkan sebanyak RM 1 juta bagi mempersiapkan 5 bahan asas keperluan yang terdiri daripada beras, tepung, minyak masak, susu dan kacang dhal yang bakal dimanfaatkan oleh 25,000 mangsa di sana. Selain bantuan kemanusiaan, GPM dan ABIM telah merangka beberapa perancangan strategik termasuk untuk mewujudkan pejabat pengurusan di Yangon bagi melicinkan operasi penyaluran bantuan yang disalurkan oleh mana-mana individu atau pertubuhan di Malaysia.

Tabung Ifthar Ramadhan Rohingya

Melihat pada situasi di Wilayah Arakan yang serius, ditambah dengan hujan yang berpanjangan, pastinya kaum etnik Rohingya yang tertindas terpaksa berdepan dengan keadaan sukar dalam menjalankan ibadah puasa pada bulan Ramadhan. Maka, adalah amat diharapkan agar kita dapat mengumpulkan dana secepat yang mungkin agar dapat membantu meringankan beban yang mereka tanggungi.

Sumbangan boleh disalurkan melalui cek atas nama Global Peace Mission atau melalui akaun Bank Islam Malaysia Berhad 1402 3010 0292 24 atau Maybank 5642 2161 1602.

Sumbangan atas talian juga boleh dibuat melalui link berikut: https://www.ipay88.com/VirtualLink/PaymentDetail.asp?Merchant=wKYm3Yi9fE9xb33Cr30UGwadVvQ%3DM02910

About gpmhq

8 Comments

  1. Assalam, moga Allah permudahkan urusan GPM menyalurkan bantuan kepada mereka yang tertindas ini. tidak sanggup kami menanggung penderitaan begini. Allah hapuskanlah penderitaan mereka, tetapkanlah iman mereka Ya Allah.

    • wa’alaikumussalam wrt. wbt. Terima kasih atas doa. Semoga Allah ampuni segala dosa dan melimpahkan rahmat dan kasih sayangNya buat rakyat Malaysia yang telah menyumbang kepada tabung bantuan kemanusiaan Rohingya ini.

  2. Salam. Ya Allah, perteguhkanlah iman saudara Islam Rohingya kami dalam berhadapan dengan kaum yang kejam ini. ya Allah. Bukakanlah pintu hati saudara Islam kami yang lain untuk bersama-sama GPM membantu meringankan penderitaan kaum Rohingya di tanah kelahiran mereka. Amin.

  3. assalamualaikum.program ni sampai bila?

    • Kami telah menutup kutipan untuk bantuan Ifthar Rohingya. Namun begitu, bagi memastikan keterlangusngan projek-projek akan datang kepada Rohingya ini, bantuan boleh terus disalurkan melaui nombor akaun yang sama dengan menyatakan tujuan sumbangan diberikan sebagai Tabung Infaq Rohingya.

  4. Salam, What is the latest development on the project? Has there been a shipment of food for iftar?

Leave a Reply

About Global Peace Malaysia

Global Peace Mission (GPM)  is a non-governmental organization officially  formed in 2001 in response to humanitarian crisis in Afghanistan.  But prior to the official formation, for more than two decades and under various names, GPM has provided emergency assistance to various communities in Southeast Asia, South Asia, Central Asia, Middle...

Learn more »

Find us at :

  • twitter
  • facebook
  • linkedin
  • youtube
  • flickr

Photos on Flickr

Please set your flickr user from admin theme options

None :P None :P