rss

Pelancaran Pusat Aktiviti Belia GPM

28 Jun, 2012 Events,Updates
Pelancaran Pusat Aktiviti Belia GPM

27 Jun 2012 / 7hb Sya’ban 1433H

Oleh: Syahrir Azfar bin Saleh

Global Peace Mission (GPM) Malaysia dengan rasminya telah membuka Pusat Aktiviti Belia (PAB) pada hari ini. PAB ini  mensasarkan remaja dan belia yang berumur di antara 10-25 tahun terutama bagi mereka yang datang dari keluarga yang kurang berkemampuan untuk mendapat manfaat.

Antara kemudahan yang disediakan di PAB ini adalah perpustakaan mini, kemudahan akses kepada internet dan siaran televisyen tempatan & antarabangsa, bilik musafir dan juga dewan yang boleh memuatkan seramai 50 orang pada satu-satu masa. Selain daripada kemudahan yang disediakan, PAB ini juga berperanan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti remaja & belia seperti permainan dalaman seperti Chess, Carrom, Sahibba dan lain-lain. Selain daripada itu pada masa akan datang, PAB juga kan menyediakan aktiviti seperti kelas belajar komputer dan multimedia, kelas Iqra’ dan mengaji Al-Quran serta Fardhu Ain, tayangan filem berkala, perkhidmatan kaunseling remaja dan juga kursus-kursus yang bersesuaian dengan remaja dan belia dalam usaha meningkatkan jati diri mereka supaya dapat menyumbang semula kepada masyarakat di kemudian hari.

PAB berharap dengan adanya pusat seperti ini, dapat membantu mereka yang tidak berkemampuan untuk mendapatkan kemudahan dan peluang menjalani aktiviti-aktiviti yang sama seperti rakan-rakan mereka yang lebih berkemampuan. Justeru, kami memohon jasa baik daripada masyarakat di luar sana yang berkemampuan untuk sama-sama menyumbang sesuatu bagi memastikan perjalanan PAB ini lancar dan bermanfaat. Untuk makluman, GPM masih lagi memerlukan beberapa sumbangan seperti 10 buah komputer, sofa, televisyen dan juga kemudahan pantri bagi melengkapkan pusat ini. Segala maklum balas boleh diajukan terus kepada Saudara Syahrir Azfar bin Saleh di talian 03-61883230 atau 0132226057.

Di kesempatan ini, GPM ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Erma Herlina yang merupakan seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik di Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian yang telah memilih PAB ini untuk menjalankan projek penilaian CSR PTD beliau. Beliau telah menjalankan satu inisiatif CSR iaitu “The Bright Room Project” yang telah berjaya mentransformasikan sebuah bilik di pusat ini menjadi perpustakaan mini yang ceria.

Sebarang sumbangan yang ingin disalurkan bagi menjayakan Pusat Aktiviti Belia GPM ini boleh disalurkan melalui akaun GPM seperti berikut:

Remaja dan Belia di luar sana, Jom Tempat Biasa!

About gpmhq

2 Comments

  1. kENAPA SAYA DOWNLOAD NADA DERING MELALUI SMS UNTUK TUJUAN DERMA SEPERTI YANG DIWAR-WARKAN OLEH PIHAK ANDA TIDAK MENDAPAT RESPON APA2. TIADA NADA DERING YANG DIKIRIM KEPADA SAYA. SAYA TELAH KOMEN DALAM FACEBOOK GPM MENGENAI HAL NI TAPI JUGA TIADA RESPON.
    SOALANNYA 1. APAKAH SAYA TELAH DICAJ SEBAIK MENGHANTAR PESAN KE NOMBOR LIMA DIGIT BERKENAAN. ATAUPUN SAYA HANYA DICAJ SETALH MENERIMA DOWNLOAD
    2. KENAPA PERKARA INI BOLE BERLAKU
    3. KENAPA TIADA RESPON MELALUI LAMAN FB SETELAH SAYA BANGKITKAN HAL INI
    4. APAKAH PROGRAM INI SUDAH DITAMATKAN. JIKA TAMAT SILA KELUARKAN DARI FB DAN LAMAN SESAWANG SUPAYA TIDAK MENYUSAHKAN ORANG LAIN DAN MEMBERI IMEJ NEGETIF GPM.

    TERIMA KASIH

    MOHAMAD FAIRUS
    012-2013537

    • Assalamualaikum w.b.t.

      Saudara Mohamad Fairus,

      Berkenaan dengan soalan Saudara, setiap nada dering yang berjaya dimuat turun akan menerima notifikasi daripada syarikat pengendali talian. Saudara boleh cuba sekali dan sekiranya masih tidak berjaya, maklumkan kepada kami dan kami akan cuba selesaikan perkara tersebut.

      Segala kesulitan amat dikesali.

      Terima kasih.

      Shakir Fahmi

Leave a Reply

About Global Peace Malaysia

Global Peace Mission (GPM)  is a non-governmental organization officially  formed in 2001 in response to humanitarian crisis in Afghanistan.  But prior to the official formation, for more than two decades and under various names, GPM has provided emergency assistance to various communities in Southeast Asia, South Asia, Central Asia, Middle...

Learn more »

Find us at :

  • twitter
  • facebook
  • linkedin
  • youtube
  • flickr

Photos on Flickr

Please set your flickr user from admin theme options

None :P None :P