Misi Kemanusiaan Filipina
Taufan Sendongatau dikenali sebagai Wasyi telah berlaku pada 17 Disember 2011 di dua daerah di Filipina iaitu Cagayan De Oro dan Iligan. Bencana yang berpunca daripada tiupan angin beserta curahan air mendadak telah mengakibatkan keadaan pasca taufan lebih mirip kejadian tsunami di mana dalam tempoh kurang 5 minit hentaman air bercampur lumpur telah meranapkan puluhan ribu rumah meninggalkan ratusan ribu nyawa terpaksa menginap di khemah dan menumpang di rumah saudara mara.
Misi GPM ke Iligan iaitu penghantaran bantuan awal sebanyak RM9,000.00 berbentuk makanan sebanyak 150 pek terdiri daripada 4kg beras, 3 tin sardin, 3 bungkus mee segera dan 2 botol air mineral telah selamat diagihkan kepada 150 keluarga Muslim di Masjid Sultan Karimul Makhdum, Kampung Hinaplanun di Iligan. Misi ini berjaya dijalankan dengan kerjasama The Sultanate of Sulu Darul Islam (SSDI). Selain bantuan yang telah dinyatakan di atas lima keluarga di mana rumah mereka telah ranap dan kematian anggota keluarga telah diberi bantuan sekampit beras sebanyak 25kg dan bantuan tunai antara RM350 hingga RM700 seorang (5000-10000
peso)










Share This Post!